Akaun wakafsuraualfalah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


WAKAF TUNAI DIPERLUKAN UNTUK NAIK TARAF SURAU AL FALAH, SMK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT UNTUK SERAMAI 673 PELAJAR

  




Kutipan Wakaf Khas Untuk Menaik Taraf

SURAU AL FALAH dari PIBG, SMK BATU LAUT






PERKEMBANGAN SEMASA : 30% PERKEMBANGAN SEMASA PEMBINAAN

Kos jangkaan: RM580,000


KOS DIPERLUKAN:

RM500,000


TERMASUK:-

1) Bumbung

2) Plaster

3) Sistem elektrik

4) Pintu/tingkap

5) Dan lain lain


PENGURUSAN:-

1) Publisiti

2) Flayers dan bunting

3) Modal kutipan dana Media Sosial


Dijangka siap: Mei 2021 


“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”

(Surah al-Munaafiquun, ayat 10)




PENGELASAN SIJIL KELULUSAN







PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN SURAU AL FALAH, SEK MEN KEB BATU LAUT









Sumbangan Anda Adalah Untuk Merealisasikan Program

SOLAT JEMAAH UNTUK PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN

Bersama Guru-Guru






PROGRAM UTAMA YANG DILAKSANAKAN DI SURAU AL FALAH:

1. Solat berjemaah pelajar lelaki dan perempuan setiap hari Isnin hingga Khamis. 

2. Majlis bacaan Yaasin setiap pagi hari Jumaat.

3. Program motivasi dan kecemerlangan kurikulum. Antaranya:

a. Solat Hajat Perdana.

b. Majlis Restu Ilmu pelajar PT3 dan SPM.

c. Program Teknik Menjawab Pendidikan Islam. 

d. Kelas Pendidikan Islam.

4. Program Kecemerlangan Sahsiah dan Disiplin Murid dibawah Unit HEM. Antaranya:

a. Program anak-anak asnaf dan miskin.

b. Program berbuka puasa.

c. Program motivasi dibawah bidang kaunseling. 

d. Program pembentukan akhlak dan sahsiah.

5. Program Dakwah Panitia Pendidikan Islam. 

a. Kem Ibadah Haji.

b. Program sembelihan.

c. Program imam muda.

d. Program MTQ peringkat sekolah.

e. Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

6. Program ko-Kurikulum dan ko-Akademik.

a. Aktiviti Persatuan Pendidikan Islam.

b. Latihan pertandingan ko-Akademik.



Bayangkan sebelum ni, keluasan untuk surau hanya terhad untuk 150 pelajar sahaja


Setiap program yang dijalankan di SMK Batu Laut tidak dapat menampung untuk keseluruhan warga SMK Batu Laut terutamanya apabila Solat Jemaah yang diadakan, pihak sekolah terpaksa mengasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan

Pelajar lelaki akan ditempatkan di Dewan Permata dan pelajar perempuan pula ditempatkan di Surau Al-Falah

In shaa Allah, jika pembinaan surau siap dibina semua pelajar akan solat secara berjemaah bersama-sama di Surau Al-Falah


MARI KITA BERSAMA SAMA BERWAKAF SUPAYA DAPAT MEMBERIKAN KESELESAAN UNTUK PARA PELAJAR DAN WARGA PENDIDIK SMK BATU LAUT TERUTAMA SEKALI BILA TIBA BULAN RAMADHAN NANTI




KELEBIHAN BERSEDEKAH

1) Mendapat ganjaran pahala

2) Memberi ketenangan hati dan kebahagian

3) Menyembuhkan penyakit

4) Pembuka rezeki




KENYATAAN WAKAF

Fatwa Negeri Selangor

Hasil daripada wang skim Saham Wakaf Selangor hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian asset kekal. Manakala wang manfaat wakaf Selangor boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis Agama Islam Selangor

(Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang  pada 5 September 2006)




PELEPASAN CUKAI

Sumbangan derma dikecualikan daripada cukai pendapatan dibawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (No Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6 5621 No Warta Kerajaan 14369 bertarikh 27.07.2004). Bagi syarikat, pelepasan cukai adalah sebanyak (10%) yang ditolak daripada pendapatan agregat


“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai. Tiap tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (Ingatlah). Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya




NOTA PENTING: AKAD WAKAF

Untuk teruskan beri sumbangan wakaf, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti berwakaf atas nama dibawah

 

“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (Jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (Niat waqaf atas nama siapa) salurkan untuk pembinaan Surau Al-Falah, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut, Tanjung Sepat kerana Allah swt”

 

Selepas membaca akad ni, boleh terus lengkapkan borang dibawah dan boleh membuat pembayaran secara online


Sekiranya ada pertanyaan berkenaan Surau Al-Falah SMK Batu Laut ini boleh hubungi AJK Projek:-

 

1. Datin Hjh. Juvita Bt Hj. Abd Wahab (Pengerusi) - 019-222 4268

2. En.Yusri Bin Sarabini (Naib Pengerusi) - 011-4000 2656

3. Puan Lela binti Tarlin (Setiausaha) - 013-690 6431

4. Puan Hjh. Farhana Binti Mohd Idris (Bendahari) - 013-206 1300

 

Atau tekan link whatsapp dibawah:

1. En.Yusri bin Sarabini - 011-4000 2656

2. Puan Lela binti Tarlin - 013-690 6431

 

Atau boleh terus membuat pembayaran kepada bendahari:

1. Puan Hjh Farhana binti Mohd Idris - 013-206 1300




PENAFIAN

1) Pembayaran akan terpapar ke akaun PIBG SMK Batu Laut (RHB)

2) Pembayaran secara online termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay

 

PIBG SMK Batu Laut diberikan kuasa menggunakan prosedur kutipan Saham Wakaf Selangor bagi menaik taraf surau.



https://gist.github.com/apih/792a556dfca8dc8e87d8328a3e7201e0